Sunday, August 7, 2011

Pengasuh & Pekerja yang Tidak Meminta Dibayar Upah

Tamat sudah satu program himpunan pemuda di Kota Bharu. Berlaku dua peristiwa menarik malam tersebut. Pertama,sementara menunggu abang utk pulang, terlihat seorang mak cik. Satu prototaip yang usang dan reput dek dimamah usia. Sungguh tersentuh melihatnya yang sanggup berpenat lelah dan bermandikan peluh mengutip botol-botol minuman dan kotak-kotak di longgokan sampah. Riak wajahnya menampakkan KECEKALAN. Tiada pun terlihat riak kepenatan pada wajahnya. Aku bermonolog...baginya itu amat bernilai walupun pada insan yang lain, itu hanya sekadar longgokan sampah yang bersedia untuk dihumban ke dalam lori majlis perbandaran bila-bila masa sahaja. Sampah itulah yang akhirnya menjelmakan kepingan wang. Si ibu tidak pernah fikirkan soal malu ataupun hina lagi. Baginya cukup untuk menyuap mulut-mulut yang kelaparan serta menampung pengajian anak-anak. Namun terfikir, berapa ramai anak yang menghargai TADHIYAH si ibu tadi. Entah berapa ramai juga malu punya ibu yang kerjanya kutip sampah. AKU MALU! 

Teringat pada sahabatku yang pernah kehilangan ibu. Subhanallah,dia masih mampu memaparkan KETABAHAN walau diuji demikian. Perjuangan dan langkahan terus diayun walau perasaan dibadai derita. Namun baginya derita adalah hadiah Sang Pencipta dan signal bahagia. Aku bangga padamu wahai AMAR. Percayalah, kita hanya punya seorang ibu. Pengasuh yang tidak pernah meminta dibayar upah. Tidak pernah meminta untuk meletak surat berhenti. Tidak pernah merungut kerana semata-mata untuk melentur si rebung sebelum menjadi tua. Beruntunglah bagi anak yg taat sebagaimana Imam Syafie terhadap ibunya. Demikian juga seperti Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi yang sanggup mengutip najis ibu yang uzur tanda TAAT. AKU MALU!


Beberapa persoalan yang terlintas di benak fikiranku. Di manakah KITA? Sama seperti generasi terdahulu? Bagaimanakah sikap pejuang agama Allah? Ingatlah, tangan itulah yang dahulunya pernah mengulit bayi, membelai serta mengusap. Dan yang akhirnya lahirnya anak yang umpama Si Tanggang. Bukan itu yang jadi harapan. Tangan itu jua yang punya kuasa ajaib membentuk satu karakter yang dinamakan PEMUDA!

Kisah kedua adalah ketika aku singgah di sebuah kedai untuk mengisi perut yang meminta diisi. Aku bersama abang iparku serta beberapa ahli 'Sukarela Baju Merah' pun tempah la makanan. Mereka ternyata ramah bila disapa. Ada yang menawarkan nak bertugas pada program berikutnya. Bukan main semangat lag..i. Ada seorang yang namanya Zaini kalau tidak silap. Tiba kat kedai paling lewat. Hampir sampai ke kedai makan, berlaku kemalangan. Datang berkayuh basikal sejauh 3 kilometer dari rumah untuk bertugas. Lebih kurang la. Lututnya mengalirkan darah. Katanya sambil melemparkan senyuman," Orang terlanggar je ni. Basikal tidak boleh kayuh je, tapi masih boleh 'digelek' lagi(translate bahasa Kelantan). Walau airmata hampir dilinangkan, namun KEIKHLASAN dia menggoncangkan hatiku dan membentak fikiranku. Tiada sebarang rungutan atau keluhan. KETENANGAN bersinar di wajahnya. Mereka kerja pun bukannya dapat sesen pun. Unit Amal tidak sama seperti Anggota RELA. Pementasan cerita ini diteruskan apabila Ketua Komandan dan teman yang lain berusaha membantu Zaini untuk pulang. Jika tidak silap, jam menunjukkan pukul 1 pagi. 

Tindakan mereka mengimbau kenangan kpd sahabat yang menawarkan diri untuk mempertahankan Kota Madinah dari serangan pakatan Ahzab dalam peristiwa Perang Ahzab. Budaya Isti'dad mereka boleh dipuji. Mereka punya HAMASAH serta IRADAH yang sememangnya menjelmakan kekuatan. Menariknya, mereka(Unit Amal) memberi contoh KEIKHLASAN adalah ramuan kemenangan Islam. 4I(Intima',Isti'dad,Iltizam,Istiqamah) diterjemahkan pada realiti dan praktikal. UKHUWAH menjadi nadi jihad dan menafikan sikap individualistik dan tidak pedulisme. Malam itu, aku belajar banyak perkara dari mereka yang tidak mungkin aku larat kongsi di sini...:)

Sekali lagi timbul beberapa persoalan. Pertama, sudah berapa kali kita mengeluh bila diuji Allah? Sejauh mana TADHIYAH kita pada perjuangan Islam? Di manakah kita berbanding mereka? Ke manakah masa kita habiskan? Layakkah hati yang diselaputi najis memegang panji Islam? Sudahkah kita menepati piawaian SYAKSIAH RIJALUDDIN? PEMUDA jua yang berada saff hadapan perjuangan. Siapakah PEMUDA ANSORULLAH? Jawapannya adalah KITA!

Tepuk dada tanya Iman! Sekadar perkongsian dan introspeksi diri... Mungkin juga inginkan cetuskan MAHU dari TAHU... Tiada yang susah di antara yang paling susah. Iaitu HIJRAH untuk BERUBAH... 

Harap maaf! Baru bertatih di ladang penulisan...

0 comments:

About This Blog

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP